Pakaian Warisan Tradisional
Pakaian tradisional kaum melayu:
a)Baju Melayu Teluk Belanga
a)Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang , Baju Melayu Teluk Belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.
Sejarah Baju Melayu:
Baju kurung ini telah digunakan oleh lelaki dan perempuan sejak 100 tahun dahulu. Telah diberi
nama
sedemikian oleh Almarhum Sultan Abu Bakar iaitu Sultan Johor sempena
baginda bersemayam di Teluk Belanga. Baju ini juga dikenali sebagai
Baju Johor. Justeru itu, hingga ke hari ini baju tersebut dikenali
sebagai Baju Johor atau Baju Kurung Teluk Belanga. Baju
ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas
sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan
sejenis pakaian lelaki yang dikatakan direka oleh Sultan Abu Bakar
pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari
Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah
ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut
selengkapnya
'Baju Melayu'.
b)Baju Melayu Cekak Musang
Sejarah Baju Melayu Cekak Musang:
Baju melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu , ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.
c)Baju Kurung
Sejarah Baju Kurang:
Baju
kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya
terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala
perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian.
Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau
menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah
kedatangan Islam sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang
selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai
nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun
baju kurung telah menampilkan ciri-ciri yang tersendiri.
Pakaian Tradisional Kaum India:
Pakaian Tradisional Kaum India:
Sari merupakan pakaian
tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran
5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan
kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya.
Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam
diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan
berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada
pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
Pakaian salwar kameez
atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri
daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar,
serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Wanita India juga gemar memakai
dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.
Kurta pula merupakan
pakaian tradisional bagi lelaki kaum india. Kemeja panjang yang sampai ke lutut
yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. Kurta ini pada
kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar
churidar.
Kurta pijama adalah
kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta pijama ini
kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai
bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang
dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.
Pakaian Tradisional Kaum Cina:
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam
dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari
'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di
ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak
bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina
tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina.
Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan
berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju
Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain
sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan
Cina di Malaysia.
Cheongsam atau disebut
juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati
kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian
panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong
(Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat
di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional
banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif
yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya.
Motif-motif tersebut
mempunyai makna-makna tertentu dan hanya dapat dikenakan kaum sosial tertentu
sahaja:
• Peony Selama lebih
dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga yang juga
menjadi bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan
kesejahteraan
• Teratai Dalam tradisi China, bunga teratai
merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada masyarakat Tibet, teratai
mencerminkan kecantikan yang suci.
• Bunga krisan Bagi masyarakat china, bunga
krisan adalah perlambang panjang umur. • Ikan Ikan juga merupakan lambang
kesejahteraan.
• Burung Motif burung adalah lambang
kecantikan dan kemurnian. Namun motif burung tertentu melambangkan kelas sosial
pemakainya. Burung phoenix misalnya, hanya bisa dikenakan oleh keluarga inti
kerajaan.
Misalnya permaisuri
dan putri kaisar. Motif burung merak bisa dikenakan wanita bangsawan tingkat
dua, sedangkan motif bebek mandarin bisa dikenakan kelas sosial berikutnya.








No comments:
Post a Comment