Thursday, 30 July 2015

BERAYALAH KITA

Assalamualaikum...hai .....huhu hari ini macam rajin pulak nak post tentang pengalaman beraya bersama keluarga dan rakan sekolah lama ^.^ 
                                                                   Hari Raya Pertama^-^

Alhamdulillah.......raya tahun ini aku dapat beraya sekali lagi bersama keluaraga tercinta kerana dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T kerana dipanjangkan umur untuk beraya sekali lagi bersama keluarga dan rakan sekolah tercinta. Walaupun menuntut ilmu diperantauan disamping berjauhan bersama keluarga, dengan pelbagai rintangan untuk aku pulang kehalaman rumah....so aku teruskan kegagahanku unuk beraya bersama keluarga walaupun aku belajar di perantauan.
                                                                      Raya sakan lah kiter

Pada raya hari pertama, aku beraya bersama keluarga bersama ahli keluarga dan anak buah yang kesemuanya pada tahun ini pulang & berkumpul bersama-sama pada hari raya pertama. Pada pagi hari raya pertama, selepas solat hari raya Aidilfitri, kami sekelurga berkumpul untuk beraya bersama untuk beraya ke rumah sepupu dan sedara yang terdekat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim supaya lebin erat.......hahahah.....
                                                                     
Selepas satu hari suntuk beraya bersama, pada malam itu kami membuat bakar-bakar yang dalam bahasa inggris that we call BBQ.....disamping anak sedara pula sibuk bermain bunga api dan mercun di halaman rumah.......ok lah

Pada hari raya kedua, event aku adalah beraya bersama rakan lama sekolahku.....Tahun ini aku dapat gather balik dengan member-member sekolah SMKSG (2009-2013).....walaupun dh tinggalkansekolah tu 2tahun tapi, kiterng still contact :D
                                                                  Hari Raya Kedua

Pada tahun ini paling ramai ex-sega berkumpul drpd tahun lepas.....mcm thun lepas kteorng just konvoi kereta, but kali ini 6 buah kereta.......hahahah^_^
                                                                Kenangan terindah

Firstly, kteorng kumpul di rumah pertama ialah di Ayer Hitam.......Sblom itu, aq pergi mengambil rakan 2 yang tiada transport.......tetapi apa yg terjadi aku terlepas utk beraya pada rumah pertama kami berkumpul kerana aq bergrak lewat dan member meninggalkan ku .......but aku still berkumpul di rumah kedua tetapi itu pun nyaris2 terlepas beraya di rumah tersebut kerana semasa kami sampai mereka semua sudah hendak bertolak....
                                                                  Raya bersama ex-SEGA

Selepas itu, kami bertolak ke Sri Gading.....disini lah ramai member lama tinggal di kawasan. Hampir sampai ke petang juga lah kami beraya di kawasan tersebut.....kami target sampai ptg sahaja namun apakan daya tidak sempat<_> , kami berehat dahulu di rumah kawan  dengan menunaikan solat fardhu sebelum bertolak ke Senggarang.....

Kami arrived dikawasan tersebut pada pukul 9.00. Dikawasan tersebut terdapat dua buah rumah yg perlu kami kunjungi utk melengkapkan perjalanan / event kami. Hampir pukul 11.00 malam juga lah kami baru habis berjalan......selepas itu masing-masing balik kerumah masing2  dan  aku telah mengambil keputusan utk menghantar rakan menumpang kereta untuk dihantar pulang kerumah masing2. Hampir pukul 1.00 pagi jugalah aq baru sampai rumah tetapi aq x akan lupakan experience yg paling best pernah aq join bersama rakan kelasku.......... 


Sunday, 26 July 2015


Pakaian Warisan Tradisional

Pakaian tradisional kaum melayu:

a)Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang , Baju Melayu Teluk Belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.

Sejarah Baju Melayu:
Baju kurung ini telah digunakan oleh lelaki dan perempuan sejak 100 tahun dahulu. Telah diberi
nama sedemikian oleh Almarhum Sultan Abu Bakar iaitu Sultan Johor sempena baginda bersemayam di Teluk Belanga. Baju ini juga dikenali sebagai Baju Johor. Justeru itu, hingga ke hari ini baju tersebut dikenali sebagai Baju Johor atau Baju Kurung Teluk Belanga. Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya
'Baju Melayu'.

b)Baju Melayu Cekak Musang

Sejarah Baju Melayu Cekak Musang:

      Baju melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu , ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.
c)Baju Kurung


 Sejarah Baju Kurang:
    
              Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri yang tersendiri.

  
Pakaian Tradisional Kaum India:





Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.



Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.



Kurta pula merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum india. Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar.

Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.